Saturday, February 23, 2013

HALA TUJU merewang dalam sesawang

Bismillahirrahmanirrahim - dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Perihal diri aku.

sejak kecik kecik aku memang minat seni. tapi aku bukan seorang yang kreatif.

bagi aku seni tu meluas:
1. sastera (tak sure betul ke sastera tu seni ?)
2. lukisan
3. muzik
4. menyanyi
5. tarian, lakonan etc
6. dll

Seni yang paling aku suka ialah lukisan, sastera dan muzik. cita-cita pertama aku dulu nak jadi cikgu dan arkitek. bila jadi cikgu aku boleh ajar murid aku sastera, bila jadi arkitek aku boleh melukis. itu je yang mampu aku fikir masa zaman kanak-kanak dulu.

Minat seni aku mula berubah dari lukisan dan sastera kepada muzik sejak masuk zaman diploma. aku pernah belajar main coding gitar separuh jalan dengan colleague aku tapi tak sempat habis belajar coding, aku dah grad dip dulu. then, dah tak jumpa pun sifu aku tu. aku pernah ada niat nak sambung belajar main semua alat muzik dengan abah(abah pernah jadi guru muzik masa zaman aku kecik)  malangnya bila dah tua-tua ni abah semakin busy dan tak ada masa nak layan segala jenis muzik ni, tak kurang jugak aku yang semakin busy dengan kehidupan seorang murid degree akaun kononnye.

Bila difikirkan balik semua benda aku minat aku tak dapat pergi jauh, akaun yang aku tak minat ni tiba-tiba aku kena habiskan belajar sampai degree. itu pun kalau habislah, suku jalan lagi untuk aku tempuh degree akaun ni, semoga Allah permudahkan segala.

Sekarang aku sedang berada dalam sem yang aku rasa sangat mencabar, iaitu praktikal. memang betullah apa tujuan praktikal ini diadakan, untuk mempraktikkan segala teori yang kita belajar masa dalam kelas. aku baru start praktikal seminggu, itu pun 4 hari yang lalu. aku rasa aku boleh gila, itu pun kalau aku stress, sebab buat audit ni bukan satu kerja yang kita boleh buat ikut common sense je. kena guna otak, 70% otak, 40% badan. itu aku yang baru seminggu, aku tak tau macam mana kawan-kawan aku yang dah start sejak 1st Feb haritu. Sangat berharap yang korang masih sihat walafiat dan gembira buat audit & akaun.

Kenapa tiba-tiba semangat aku memuncak gila nak buat blog ni ntah. kenapa ek ? (slang orang johor)

aku nak buat part time business, yea, aku rasa diri aku bukan untuk bekerja bawah orang tapi aku lebih suka bekerja bersama-sama orang. ya aiyuhannas, janganlah berhenti merewang kat page aku. niat aku satu nak tolong orang sihat dan dalam masa yang sama korang yang baca ni sama-sama kaya macam aku nanti. trimas. wassalam.


No comments:

Post a Comment