Saturday, February 23, 2013

Stokin Ajaib

Bismillah.

Salam.

saya pasti tentu ramai yang tertanya-tanya apakah stokin ajaib ?

stokin ajaib yang dimaksudkan ialah :

SARUNG KAKI ENERGY VKEN





Hari ini ramai orang mengadu masalah sakit kaki, sakit lutut, masalah darah tinggi, kencing manis, gaut, strok, migrain, masalah saraf, masalah jantung dan lain-lain lagi..namun, apakah penyelesaiannya untuk ANDA ??



Adakah Anda mahu bebas dari
 pengambilan ubat-ubatan hospital ??


Seperti yang sedia maklum, kaki kita merupakan tempat terletaknya segala penyakit jika kita tidak mengambil berat serta merawatnya.Lihat gambar dibawah ini...


Percaya atau tidak, kebanyakan daripada masalah anda ini boleh diatasi dengan hanya memakai stokin Vken, Ultimated Energy Socks, Nano-Teknologi dari Jepun, yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda, InsyaAllah..Cuba dulu baru tahu...Hanya dengan 3-minit anda pasti merasai tindak balas dari penggunaan stokin Vken ini.

Untuk merasai tindak balas, anda hanya perlu kerap minum air mineral/masak dan pakai stokin sahaja..Senang kan ?? Macam tak percaya tapi itulah kebenarannya kerana saya telah mengalaminya sendiri. Tindak balas setiap orang berbeza mengikut individu tersebut, ada yang berpeluh-peluh selepas memakainya, ada yang mempunyai tidur yang kualiti apabila memakai pada waktu malam dan banyak lagi.



SARUNG KAKI ENERGY VKEN



ONE COLOUR & ONE SIZE FIT ALL


APA SEBENARNYA YANG ADA DALAM STOKIN INI??

Sarung Kaki Energy Vken diperbuat dengan 5 jenis Batu Mineral Ultimated Energy. Ianya dapat menungkatkan peredaran darah anda sebanyak 50% dan ke atas. Ia juga diperbuat daripada 85% seramik halus, turmalin berwarna-warni, germanium, titanium, perak dan arang putih.


Arang Putih

Titanium










Silver

Apakah Kebaikan Batu2 Permata Tourmaline, Germanium, Titamnium, Arang Putih dan Perak dalam Sarung Kaki Medikal Vken :



Mengaktifkan dan menghaluskan molekul air dalam badan
* Meningkatkan kadar Oksigen dalam sel badan
* Menyahkan kadar Oksigen dalam sel badan
* Menyahkan lemak dan melancarkan saluran darah 50% !
* Mencegah pembentukan Artherosclerosis (timbunan lemak)
* Mengawal sistem pembekuan darah dan mempercepatkan proses pemecahan pembekuan darah (fibrinolisis)
* Meningkatkan kesihatan, kecantikan kulit dan kekuatan
* Mempercepatkan pembaikan sel
* Meningkatkan kuaiti tidur


KEBAIKAN ARANG PUTIH DALAM STOKIN VKEN:
Arang Putih digunakan untuk menyerap bau busuk, menghilangkan kelembapan, anti bakteria, menjaga kehangatan, menghambat gelombang elektromagnetik dan menghasilkan ion-ion negatif.




rasa seronok tak baca semua ni, 
seha copy dan paste je, sebab tu ayat semua skema,
info ni di ambil dari page -- > Sarung Kaki Vken,
untuk lebihan bukti silalah lawat page tersebut.
selamat menuntut ilmu !


nantikan entri pasal stokin vken ni dari saya. 
pengalaman dari diri saya sendiri dan orang terdekat saya. insyaAllah.
ilmu yang dapat dikongsi ni baru sedikit.

MAKA, BACA DAN NILAI LAH ;)




Menurut Rasulullah S.A.W, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.

Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"

(Hadis Riwayat Abu Daud)



-wallahua'lam-


Kenangan - jadi business girl sekolah

Bismillah.

Teringat aku zaman sekolah dulu.
aku pernah jadi business girl.
aku jual karipap dan aku juga pernah jual aiskrim pop.

Bila kenang semula zaman persekolahan dulu, rupanya aku punya sejarah menjadi seorang peniaga. kalaulah kawan-kawan yang juga merupakan pelanggan tetap aku baca entri kali ini, pasti korang akan teringat balik karipap goreng yang aku jual, 30sen satu. korang selalu beli waktu rehat kalau malas nak turun ke kantin. haha. aku ingat lagi, hazim, rifdi, hadi, helmi, koranglah antara pelanggan tetap aku masa aku jual karipap dulu, yang perempuan pun tak kurang juga, ayu, isyqi, tikah, fara, timah, dayana...ah terlalu ramai jika aku nak senaraikannya kat sini. semakin hari semakin banyak benda yang aku perlu ingat, mustahil aku ingat korang semua satu persatu. done.

aiskrim pop tu aku pernah jual masa sekolah rendah kat sekolah agama, petang-petang aku naik basikal pergi sekolah bawak aiskrim yang aku balut dengan surat khabar banyak-banyak tak bagi dia cair cepat. bayangkan aku naik basikal bawa aiskrim banyak-banyak tu. betapa kuatnya semangat aku nak dapat duit dulu. sebenarnya untung kot jual benda jajan jajan ni kat budak-budak. sigh.

Masuk zaman unibersiti, aku tak jual karipap goreng, aku tak jual aiskrim pop, aku mula dengan jual karipap frozen. now, aku nak buat business yang lagi besar, aku ada aim. aku nak duit, aku perlukan duit nak bayar balik semua loan yang aku dah buat untuk belajar. kalau korang minat nak join. jom ikut aku, aku akan lead korang. insyaAllah.


UNTUK PERMULAAN

untuk permulaan saya cuma nak tunjuk gambar ni je. produk-produk ni saya jual. MXB's factory made.










yang ni pulak, antara kuih frozen yang saya jual. homemade.


karipap frozen mama

karipap yang dah siap di pack


cucur badak frozen kawaii


HALA TUJU merewang dalam sesawang

Bismillahirrahmanirrahim - dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Perihal diri aku.

sejak kecik kecik aku memang minat seni. tapi aku bukan seorang yang kreatif.

bagi aku seni tu meluas:
1. sastera (tak sure betul ke sastera tu seni ?)
2. lukisan
3. muzik
4. menyanyi
5. tarian, lakonan etc
6. dll

Seni yang paling aku suka ialah lukisan, sastera dan muzik. cita-cita pertama aku dulu nak jadi cikgu dan arkitek. bila jadi cikgu aku boleh ajar murid aku sastera, bila jadi arkitek aku boleh melukis. itu je yang mampu aku fikir masa zaman kanak-kanak dulu.

Minat seni aku mula berubah dari lukisan dan sastera kepada muzik sejak masuk zaman diploma. aku pernah belajar main coding gitar separuh jalan dengan colleague aku tapi tak sempat habis belajar coding, aku dah grad dip dulu. then, dah tak jumpa pun sifu aku tu. aku pernah ada niat nak sambung belajar main semua alat muzik dengan abah(abah pernah jadi guru muzik masa zaman aku kecik)  malangnya bila dah tua-tua ni abah semakin busy dan tak ada masa nak layan segala jenis muzik ni, tak kurang jugak aku yang semakin busy dengan kehidupan seorang murid degree akaun kononnye.

Bila difikirkan balik semua benda aku minat aku tak dapat pergi jauh, akaun yang aku tak minat ni tiba-tiba aku kena habiskan belajar sampai degree. itu pun kalau habislah, suku jalan lagi untuk aku tempuh degree akaun ni, semoga Allah permudahkan segala.

Sekarang aku sedang berada dalam sem yang aku rasa sangat mencabar, iaitu praktikal. memang betullah apa tujuan praktikal ini diadakan, untuk mempraktikkan segala teori yang kita belajar masa dalam kelas. aku baru start praktikal seminggu, itu pun 4 hari yang lalu. aku rasa aku boleh gila, itu pun kalau aku stress, sebab buat audit ni bukan satu kerja yang kita boleh buat ikut common sense je. kena guna otak, 70% otak, 40% badan. itu aku yang baru seminggu, aku tak tau macam mana kawan-kawan aku yang dah start sejak 1st Feb haritu. Sangat berharap yang korang masih sihat walafiat dan gembira buat audit & akaun.

Kenapa tiba-tiba semangat aku memuncak gila nak buat blog ni ntah. kenapa ek ? (slang orang johor)

aku nak buat part time business, yea, aku rasa diri aku bukan untuk bekerja bawah orang tapi aku lebih suka bekerja bersama-sama orang. ya aiyuhannas, janganlah berhenti merewang kat page aku. niat aku satu nak tolong orang sihat dan dalam masa yang sama korang yang baca ni sama-sama kaya macam aku nanti. trimas. wassalam.


Bismillah.

Salam.

aku rasa macam kelako.
buat blog baru,
bukan tak pernah ada blog dulu
tapi bila aku baca semula semua entri aku yang lama
buatkan aku rasa nak gelak guling-guling,
tak serupa diri aku yang asal,
maka aku setting supaya aku sorang je yang boleh baca blog tu.

zaman pra-matang adalah zaman kejahilan dalam hidup aku.

aku pada masa kini dan dulu sangat berbeza.

alhamdulillah masih dibenarkan Allah untuk bernafas, tak sempat buat kerja bodoh dek kerana putus cinta, tak sempat nak jadi semakin jahil. alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.

sekarang life aku penuh warna warni, lebih ceria, (tolonglah jangan samakan hidup aku dengan blog aku yang legam ni, tolonglah) lebih banyak duit, insyaAllah. so, kepada sesiapa yang nak buat anjakan paradigma macam aku, boleh contact aku kat no 010-7056047. silalah, kita wujudkan ukhwah disamping mencari redha Allah.